Monday, September 1, 2008


Sudah lama sejak aku melayari laman web ini,
Aku ingatkan aku tak perlukan tempat ini lagi,
Tempat di mana aku merungut,
Meluahkan hati isiku,
Namun,
Setiap hari yang berlalu,
Keinginanku untuk kembali semakin kuat,
Kembali ke tempat asalku,
Dimana aku tak berpunya kepada sesiapa,
Dimana aku tak perlu bertanggugjawab kepada sesiapa,
Dimana aku tak perlu berfikr jauh,
Untuk meluahkan hati isiku,

Fikiranku bercelaru,
Hatiku tak pernah tenang,
Seperti dihayun ombak tak berhenti henti,
Hatiku semakin berat,
Sehingga aku ingin melarikan diri saja,

Namun, ada siapa yang faham?
Faham pasal kisah sedihku,
Faham pasal perasaanku,
Faham pasal fikiranku,

Kini, aku rasakan,
Aku hidup demi orang lain,
Bukan demi aku,
Tekanan yang aku alami,
Sudah melangkaui batasan diriku,

Kawanku inginku berperang,
Berperang untuk apa yang milikku,
Tapi, fahamkah mereka dalam situasi ini?
Mereka hanya ingin aku beperang,
Tapi, pernahkah mereka fikir dengan teliti,
Perasaanku? Akibatnya?
Mereka hanya tanya,
"Kamu takut kalah ya?"
Aku mengaku yang kutakut kalah,
Apa yang aku usahakan,
Hilang begitu saja,
Pernahkah mereka berfikir di pendirianku?
Mereka patut faham personalitiku,
Mereka patut fikir sebagai seluruhnya,
Mana yang lebih baik,
Bukannya semua untuk diri sendiri

Setiap waktu, aku berfikir tentang dia,
Apa yang kulakukan untuk dia juga,
Namun, situasi begitu tetap akan berlaku,
Situasi dimana aku tak boleh lagi menjadi diriku,
Situasi dimana aku sudah terikat ketat,
Situasi dimana aku tak tahu lagi apa yang boleh ku lakukan lagi,
Walau apapun yang ku buat,
Semuanya seperti tidak betul,
Segalanya seperti berjalan di hala yang salah,
Aku ada masalahku juga,
Aku ada fikiranku juga,
Aku ada keinginanku juga,
Namun, aku melepaskan segalanya untuk dia,
Bila dia mula .... di mana aku ingin dia gembira,
Tapi, perbuatanku begitu seperti salah juga,
Aku tidak lagi diriku.....

Hatiku berat,
Bolehkah aku melepaskan segalanya?
Bolehkah aku menjadi diriku kembali,
Bolehkan aku mecari rohku semula,

Apa yang aku ingin mahu,
Mudah saja,
Aku INGIN,
Menjalani hidupku dengan perasaan gembira tanpa kerisauan, tanpa kebuntuan, tanpa kesedihan,
Bolehkah ini dicapai?

AKU TAK TAHU